Pengenalan
1.Program Rakan Muda Fasa II adalah kesinambungan kepada program Rakan Muda yang telah diperkenalkan dan dilaksanakan sejal 29 Oktober 1994.
2.Dilancarkan oleh YAB. Dato’ Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia pada 29 Mei 2008 di Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara, Kuala Lumpur.
3.Program yang dilaksanakan berasaskan transformasi falsafah pelaksanaan dari fokus individu kepada fokus komuniti.
4.Teras program melibatkan elemen perancangan, pelaksanaan dan penilaian berdasarkan citarasa dan keperluan persekitaran komuniti tersebut
Falsafah
1.Pelaksanaan dari fokus individu kepada fokus komuniti. (Community Youth Development).
2.Penglibatan secara total golongan belia dan komuniti setempat.
3.Teras gerakan ini melibatkan elemen perancangan, pelaksanaan dan penilaian yang dilakukan oleh pengamal Gaya Hidup.
4.Tumpuan utama pelaksanaan program adalah ke arah menjana keupayaan pengamal Gaya Hidup dengan melengkapkan mereka dengan pelbagai pengetahuan, kemahiran dan sikap.
Konsep
Menekankan kepada aspek pembangunan diri remaja, sistem penyampaian, pelaksanaan program berterusan, perkongsian pintar dan penglibatan masyarakat secara menyeluruh
Visi
Membina modal insan belia remaja yang bersatu padu, berdisiplin, berakhlak dan berkemahiran, aktif serta mengamalkan gaya hidup berkualiti, berdaya maju dalam aspek sosio budaya serta berupaya menjadi pemangkin kearah perpaduan dan pembangunan negara
Misi
Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti Gaya Hidup Rakan Muda berdasarkan keutamaan pembangunan diri remaja berumur 15 - 25 tahun melalui pendekatan komuniti selaras dengan agenda pembangunan negara.
Objektif
- Membangunkan watak dan imej diri remaja dengan penerapan nilai-nilai positif, berdisiplin, hormat-menghormati, bersemangat sukarela, bekerjasama, bersatu padu dan bersemangat patriotik
- Menjadikan Prihatin, Mahir dan Dinamik sebagai teras pembangunan modal insan golongan belia remaja dengan semangat “Yakin Boleh Gemilang”
- Mempromosi 8 Gaya Hidup Rakan Muda dan 4 program utama dikalangan belia remaja ke arah merealisasikan masa lapang berkualiti
- Mewujudkan komuniti yang saling berhubungan antara sub komuniti dan individu melalui pelbagai aktiviti Gaya Hidup Rakan Muda
- Memantapkan jaringan hubungan dalam melaksanakan program secara bersepadu bersama agensi dan NGO’s yang mempunyai kemahiran khusus yang berkaitan dengan aktiviti Gaya Hidup Rakan Muda
- Merencana dan mengurus prasarana dan khidmat aktiviti Gaya Hidup Rakan Muda di sektor-sektor tumpuan golongan muda termasuk Peringkat Komuniti
Mekanisma Pelaksanaan
- Kelab Rakan Muda Kawasan Parlimen
- Pusat Kegiatan Rakan Muda Kawasan Parlimen
- Sekretariat Rakan Muda
- Sekretariat Rakan Muda IKBN / IPT - Sekretariat Rakan Muda Komplek Belia dan Sukan Negeri - Sekretariat Rakan Muda Kawasan Kemajuan Tanah - Sekretariat Rakan Muda Kompleks Rakan Muda - Sekretariat Rakan Muda Industri - Sekretariat Rakan Muda PBT - Sekretariat Rakan Muda Agensi yang terlibat - Sekretariat Rakan Muda Maktab Perguruan
- Kerjasama Dengan Agensi Kerajaan
- Kementerian Pelajaran (Anugerah Remaja Perdana, Program Rakan Muda Sekolah) - Kementerian Pengajian Tinggi (Sekretariat Rakan Muda IPT) - Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (Rakan Seni Budaya, RMJM) - Kementerian Kemajuan Luar Bandar Wilayah (Rakan Muda Wawasan Desa) - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (Gaya Hidup Rakan Masyarakat) - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Sekretariat Rakan Muda Kawasan Perumahan) - Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Gaya Hidup Rakan WIrausaha) - Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (Gaya Hidup Rakan Inovasi) - Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (Gaya Hidup Rakan Cinta Alam) - Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (Rakan Muda Jiran Muda)
|
No comments:
Post a Comment