Monday, February 21, 2011

UNIT-UNIT RAKAN MUDA


  • 8 GAYA HIDUP
    Rakan Cinta Alam
    Program penerokaan dan pendedahan, kepentingan penjagaan alam yang dipenuhi flora dan fauna, haiwan, sejarah dan pelbagai lagi keindahan yang tidak ternilai akan lebih terpelihara keunikannya. Sertai aktiviti ini  melalui Kelab Alam Semulajadi, Kelab Kembara/Rekreasi /Memancing/Kayak, Persatuan Sejarah.
    Rakan Inovasi
    Kreatif, inovatif dan mahir adalah komponen bagi mewujudkan saintis dan perekacipta muda melalui program bimbingan tenaga pakar bagi melahirkan tenaga muda yang mahir dan berdaya cipta dalam bidang teknologi canggih, moden dan maju. Sertai aktiviti ini melalui Kelab Aeromodeling, Kelab Astronomi, Kelab Seni Foto, Persatuan Kemahiran Hidup, Persatuan Elektronik, Persatuan Motor Mekanik.
    Rakan Kecergasan
    3 komponen utama : Sukan, Rekreasi dan Kecergasan menjadi asas bagi membina minda, fizikal dan peribadi yang mantap bagi mewujudkan remaja yang berkualiti. Sertai aktiviti ini melalui Persatuan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta semua Kelab Sukan Sekolah.
    Rakan Masyarakat
    Patriotisme, Cinta Negara dan Penyanyang disamping penerapan nilai-nilai kepimpinan, kerohanian dan keprihatinan pasti menjamin perpaduan yang mantap. Sertai aktiviti ini melalui Kelab Kemanusiaan (Humanitrian), Kelab Lions, Kelab Interact, Kelab Leo, Persatuan Sains Kemasyarakatan, Kelab Pencegahan Jenayah, Kelab Rukunegara, Kelab Setia, Kelab Keselamatan Jalanraya, Kelab Pengguna, Kelab Bimbingan dan Kaunseling.
    Rakan Seni Budaya
    Bakat semulajadi yang ada dalam diri tidak harus dipersiakan. Sertai aktiviti ini melalui Persatuan Muzik dan Genderang, Kelab Kebudayaan, Kelab Seni Kraftangan, Kelab Kompang, Kelab Koir dan Kelab Nasyid, Persatuan Pendidikan Seni, Pasukan Pancaragam Brass, Pasukan Pancaragam Lain-lain.
    Rakan Wajadiri
    Jatidiri, Bertanggungjawab, Berdisiplin dan Berpendirian teguh adalah elemen utama bagi membebaskan diri dan minda daripada pengaruh negatif, pasti menjanim keperibadian mulia generasi muda. Sertai aktiviti ini melalui Persatuan Seni Silat Sekolah, Taekwondo, Karate-Do, Silambam, Wushu, Taichi dan Chingkung. 
    Rakan Wirausaha
    Bercita-cita menjadi ahli korporat dan ahli perniagaan? Ikuti program keusahawanan yang dibimbing oleh tenaga pakar dalam bidang perniagaan bagi mewujudkan ekonomi masa hadapan negara yang lebih maju dan berdaya saing dalam semua bidang. Sertai aktiviti ini melalui Kelab Kewangan Pelajar Sekolah/Kelab Pelabur Bijak, Kelab Usahawan Muda, Persatuan Ekonomi/Sains Rumah Tangga, Persatuan Prinsip Akaun/ Ekonomi dan Kelan Koperasi Sekolah.
    Rakan Siber
    Saluran internet memainkan peranan sebagai saluran untuk berkomunikasi dan berhubung dengan golongan remaja. Berfungsi sebagai satu platform siber dimana pihak Kementerian dapat berkomunikasi serta mengumpul maklumat dari golongan remaja berkaitan isu-isu semasa. Sertai aktiviti ini dengan melayari portal siber www.2-u.com.my atau Kelab Komputer Sekolah dan juga Pusat Siber Rakan Muda di semua Kompleks Rakan Muda.



























  

No comments:

Post a Comment